Sebelum saya pergi lebih jauh, izinkan
saya memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya bernama Hamidon bin Zaini, merupakan anak sulong hasil perkahwinan Hj
Zaini bin Hj Marhasan dengan Hjh Salmiah bte Hj Saman. Hj Zaini merupakan anak bungsu Hj Marhasan dengan isteri beliau, Hjh
Sharifah. Ibu saya Hjh Salmiah bte Hj Saman adalah anak hasil perkahwinan Hj Saman dengan Hjh Rahmah. Perkahwinan ibu bapa
saya adalah perkahwinan sepupu. Asal usul keempat-empat mereka (Datuk dan Nenek di kedua-dua belah adalah dari Banjarmasin, Indonesia.
Ini bermakna saya berasal dari keturunan Banjarmasin
100%. Cuma bezanya saya dilahirkan di Malaysia.
Haji Marhasan dan isteri, Hjh Sharifah
bersama beberapa lagi saudara mara termasuk Hj Saman (adik kepada Hjh Sharifah) telah berhijrah dari Banjarmasin
ke Perak. Mereka telah membuka tanah di sana dan memulakan kehidupan bekeluarga.
Setelah anak-anak mereka dewasa, sebahagiannya telah berhijrah ke Tg Karang dan
membuka penempatan baru di sana. Generasi kedua ini telah membesar dan melahirkan
zuriat mereka masing-masing dan ada sebahagiannya telah berhijrah ke Pahang sebagai peneroka Felda. Dari Generasi Kedua telah
melahirkan generasi Ketiga dan sebahagiannya telah melahirkan Generasi Keempat.
Saya sendiri merupakan generasi ketiga
dan telah punya anak sulung berusia 20 tahun (generasi keempat). Dalam masa 10 tahun ini tidak mustahil keluarga saya juga
akan melahirkan Generasi Kelima. Anda boleh bayangkan sudah berapa ramai cucu cicit Hj Marhasan yang telah dilahirkan oleh
anak-anak Hj Marhasan dan cucu-cucu yang terdahulu memandangkan ayah saya sebagai anak bungsupun telah punya lebih 19 orang cucu.
Kesimpulannya, kita merupakan keluarga
besar yang berasal dari Banjarmasin, Indonesia.
Namun, hakikatnya kebanyakan dari kita tidak mengenali di antara satu sama lain kecuali mereka yang dikategorikan di Generasi
Kedua. Ada di antara kita yang tidak
mengetahui asal usul kita yang sebenar iaitu kita berdarah Banjar, Kebanyakan kita pun sudah tidak tahu bercakap Banjar.
Sebagai cucu kepada Hj Marhasan dan Hj
Saman, kedua-dua mereka ini merupakan orang penting dalam hidup saya dan semua yang lahir dan bersaudara dengan mereka adalah
kulaaan saya. Dan saya mahu hubungan saya dengan semua kulaan saya akan terus utuh tetapi disebabkan kesebokan dalam pekerjaan
hasrat ini tidak kesampaian. Saya perlu berbuat sesuatu agar hubungan yang semakin jauh dapat didekatkan kembali. Oleh itu saya telah menubuhkan yahoogroup yang saya namakan Kulaan Hj Marhasan.
Yahoogroup ini bukan hanya untuk anak cucu
Hj Marhasan sahaja tetapi merangkumi sesiapa yang berkulaan dengan Hj Marhasan sendiri atau dengan sesiapa sahaja hasil perkahwinan
Hj Marhasan. Ini bermakna kita semua adalah Kulaan samada secara pertalian darah atau perkahwinan.
Salam persaudaraan;
Hamidon bin Zaini bin Hj Marhasan
Hamidon binti Salmiah binti Hj Saman
Moderator
Kulaan Hj Marhasan Yahoogroup.